Inisiatif PATV

Latar Belakang
Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) ditubuhkan pada Januari 2022 atas initiatif Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang juga merupakan komuniti pro-penggunaan vaksin yang selamat (ProSafe Vaccine Communities) yang peduli mengenai kesihatan para penerima vaksin COVID-19.

PATV menerima, mengumpul, menyelaras aduan, membina data maklumat dan melaporkan kes-kes terkesan vaksin COVID-19 secara telus bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kesan sampingan akibat vaksinasi. PATV juga menghulurkan khidmat nasihat serta menawarkan bantuan yang merangkumi urutan pemulihan (penjagaan paliatif dan rawatan alternatif) untuk meringankan penderitaan dan bebanan pesakit yang terkesan akibat vaksin COVID-19.

PATV turut  membantu para penerima vaksin yang  ragu-ragu untuk menyuarakan masalah mereka kerana bimbang disaman, disalahkan serta takut distreotaip dan dilabel oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai kumpulan anti-vaksin.

Objektif
Antara objektif utama PATV ialah untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia menerima pengetahuan dari seluruh dunia dan seterusnya:
  1. Mendapat kesedaran mengenai wujudnya Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) oleh komuniti pro-penggunaan vaksin yang selamat (ProSafe Vaccine Communities)
  2. Mendapat maklumat terkini dari pakar-pakar perubatan di seluruh dunia
  3. Mendapat maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti PATV
  4. Mendapat laporan, statistik terkini berkenaan kesan vaksin COVID-19 yang tidak dilaporkan oleh kerajan dan media-media arus perdana
  5. Mendapat khidmat nasihat dan rawatan alternatif daripada doktor-doktor pakar yang telah membuat penyelidikan dan kajian secara "cross reference" dan "cross validation" daripada dapatan seluruh dunia
  6. Bergabung dengan komuniti ProSafe Vaccines Sedunia dalam menangani isu vaksin yang masih dalam ujikaji yang tidak selamat digunakan dan tidak mengikut protokol kesihatan yang telah ditetapkan, seperti kenyataan laporan parlimen kesatuan eropah.

VISI
HALA-TUJU – Menyediakan kemudahan, satu platform yakni Pusat Aduan Terkesan Vaksin, “Pusat Setempat”, untuk memberi jaminan dan harapan kepada mangsa vaksin (kes AEFI - Adverse Events Following Immunization (AEFI) yang terkesan sampingan akibat vaksin Covid 19. Faciliti dan kemudahan ini tidak disediakan oleh kerajaan.

MISI – PATV berhasrat memberi ketelusan dalam menyenaraikan data maklumat setelah di “rujuk banding” dan “rujuk pengesahan” (“cross reference” dan “cross validation”) semua artikel dan journal juga video, dapatan doktor doktor pakar di dalam dan di luar negara, penemuan ketidakberkesanan vaksin Covid 19 sebagai pencegah. Kebimbangan kini merentasi dunia tentang risiko yang memudaratkan jutaan manusia.

Tragedi imunisasi, jika tidak ditangani dengan cepat dan berkesan, boleh menjejaskan keyakinan dunia terhadap vaksin dan syarikat pharma yang selama ini telah menguasai dunia perubatan.

Sebagai alternatif, PATV memperkenalkan Detox dan rawatan alternatif juga penawar yang telah menunjukkan progress yang baik.


>> KLIK UNTUK BORANG ADUAN