25 Apr
25Apr

KUALA LUMPUR: Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bagi mendaftarkan merit dan pendengaran semakan kehakiman untuk menuntut hak rakyat yang terkesan akibat vaksin.

Pertubuhan yang utama membawa isu ini ke mahkamah ialah Persatuan Prihatin Anak Jati Johor (PPAJJ), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kebajikan Hal Ehwal Islam Malaysia. 

Antara isu yang dibangkitkan ialah Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI), diskriminasi terhadap golongan yang tidak mengambil suntikan vaksin dan keraguan terhadap kandungan serta kesan sampingan vaksin.

Peguam, Mohamad Zainuddin Abu Bakar berkata, Peguam Negara membuat satu keputusan yang mengatakan bahawa semua juri tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan kes ini melainkan di Mahkamah Timbang Tara.

“Kita bukan nak bicarakan tapi kita nak daftarkan merit, itu yang menjadi perselisihan faham antara kami dan kami belum bersedia untuk intipati pada hari ini. Maka kami diberikan masa lagi sampai 30 Mei ini untuk menjelaskan bahawa ini adalah kuasa yang sah, bukan tidak sah.

“Kontrak adalah federal constitution, perlembagaan negara antara rakyat dengan eksekutif dan eksekutif dengan kerajaan dan pada hari ini eksekutif telah mishandling tanggungjawab dalam menjaga kebaikan rakyat dan inilah isu yang kita ingin bawakan,” katanya.

Menurutnya, mereka mendapat award untuk mendaftarkan kes ini di Mahkamah Antarabangsa di Netherland untuk tindakan sivil bagi mendapatkan ganti rugi kepada mangsa yang terkesan akibat vaksin.

“Ini niat nak membunuh 7.5 bilion orang dengan sengaja dan maknanya criminal element itu telah berlaku dan kami meminta kerajaan untuk menyemak semula dasar antarabangsa untuk suntikan vaksin ini.

“Kami katakan virus ini tidak wujud, orang yang sihat boleh menjadi sakit selepas mengambil vaksin. Dan ini adalah argument kami,” katanya.

Manakala peguam kedua, Ahmad Jufliz Faizal pula berkata, pada hari ini mahkamah menjemput Peguam Negara dan terdapat banyak bantahan.

“Cuma terdapat isu utama iaitu sama ada Mahkamah Timbang Tara boleh memberi award untuk semakan kehakiman terhadap kerajaan kerana ada kes-kes undang-undang yang mengatakan tidak boleh.

“Kenapa kerajaan paksa kita ambil vaksin yang menyebabkan kesan? Kerana kebanyakan orang yang menandatangani borang vaksinasi tidak dimaklumkan mengenai risiko mengambil suntikan tersebut.

“Kita perlu memberikan tekanan kepada mahkamah dan memberi mesej dan ini bukan soal menang atau kalah tetapi kita kena tunjukkan kebenaran kita ni sebagai rakyat,” katanya.

Comments
* The email will not be published on the website.