Petikan akhbar, audio-video mengenai vaksin di Malaysia

  •  20/06/2023 08:00 PM
  •  13/03/2023 04:34 PM

Join group kami di Telegram

Grup Telegram PATV

Sertai kami di grup PATV Telegram. Klik butang LEARN MORE di bawah untuk maklumat lanjut...

Learn More

AUDIO VIDEO

Rakyat Malaysia Bakal Disuntik Dengan 'Vaksin Outdated' Kerana Lebihan Stok?

Rakyat Malaysia Bakal Disuntik Dengan 'Vaksin Outdated' Kerana Lebihan Stok?

27/04/2023

Infodemik - Perang siber mengenai info kesihatan di Malaysia yang tidak mengambil kira pemegang-pemegang taruh (stakeholders). Naratif yang salah menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa mempercayai berita yang telah dirancang agar aturcara pengambilan dapat dilaksanakan mengikut kepentingan pihak-pihak tertentu terutamanya pihak-pihak farmasi yang untung besar akibat pandemik yang berlaku! Media perlu lebih telus menyampaikan kebenaran!

Read More
Trend Kematian Secara Mendadak Meningkat Secara Global!

Trend Kematian Secara Mendadak Meningkat Secara Global!

27/04/2023

Trend kes-kes kematian mendadak secara global sedang meningkat sebanyak 15-17% ! Menurut data Jabatan Statistik Malaysia pada 2022 (September) , data kematian pada 2021 ialah 224, 569 orang berbanding tahun 2020 iaitu sewaktu pandemik berjumlah 166,507 orang, peningkatan sebanyak 34%! Dan kematian lelaki yang berumur kurang 40 tahun semakin meningkat secara global.

Read More
WHAT IS GRAPHENE OXIDE?

WHAT IS GRAPHENE OXIDE?

When it comes to the safety and efficacy of the so-called COVID-19 vaccinations the public has been thoroughly divided and conquered. On one side of the carefully crafted argument, governments can’t get enough shots in enough arms to ward off a “pandemic” of unvaccinated people. The other side has as many excuses for avoiding these injections as it has members. So when a controversial study comes along showing that these injections may contain a toxic substance called graphene oxide the allowed spectrum of debate is quickly alight and the bigger picture is missed by all but a few.

Read More  
mRNA in blood after 28 days (mRNA dalam darah selepas 28 hari)

mRNA in blood after 28 days (mRNA dalam darah selepas 28 hari)

kajian kami adalah yang pertama mengesan urutan vaksin mRNA Pfizer-BioNTech dan Moderna COVID-19 dalam darah selepas vaksinasi, dan oleh itu memberikan pengetahuan baru mengenai jangka masa di mana mRNA dapat dikesan. Kajian prospektif masa depan untuk menentukan separuh hayat vaksin mRNA dalam penerima vaksin boleh dilakukan (menggunakan PCR khusus vaksin mRNA)

Read More  
Cancer, early warning signs (Tanda awal penyakit kanser)

Cancer, early warning signs (Tanda awal penyakit kanser)

Kenal pasti tanda-tanda kanser seawal mungkin, dapat mengurangkan risiko kerosakan dan dapat mencegahnya daripada merebak. Saksikan video ini untuk mendapatkan maklumat lanjut yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda dan juga orang yang tersayang...ini kerana menurut Dr John Cambell trend penyakit kanser sedang menaik dan bertambah.

Read More  
Pfizer knew their vaccine would kill

Pfizer knew their vaccine would kill

The Irish Light Is Edited By Gemma O’Doherty. Our goal is to fulfill the function of the traditional press long since abandoned by the Irish mainstream media: to hold power to account and expose corruption in public office.

Read More  
Myocarditis

Myocarditis

Myocarditis is inflammation of the heart muscle. This illustration shows a typical heart muscle compared to damaged heart muscle due to inflammation.

Read More  
Myocarditis Cases Reported After mRNA-Based COVID-19 Vaccination in the US From December 2020 to August 2021

Myocarditis Cases Reported After mRNA-Based COVID-19 Vaccination in the US From December 2020 to August 2021

Corresponding Author: Matthew E. Oster, MD, MPH, US Centers for Disease Control and Prevention, 1600 Clifton Rd, Atlanta, GA 30333 (eocevent416@cdc.gov).

Read More  
Awas Imun Tubuh Lemah Meski Terlihat Sehat, Cek di Sini!

Awas Imun Tubuh Lemah Meski Terlihat Sehat, Cek di Sini!

Ditinjau oleh Tim Medis Klikdokter - Walaupun tubuh terlihat sehat dan bugar, belum tentu imun tubuh baik. Ketahui ciri daya tahan tubuh yang menurun dan ikuti tes imun di sini

Read More  
80 Canadian MDs VAXXED and Dead

80 Canadian MDs VAXXED and Dead

Proudly bringing independent, honest, important news & information to Canadians that mainstream media ignores, misrepresents or outright lies about.

Read More  
US Akan Menandatangani Kedaulatan Kepada W.H.O.

US Akan Menandatangani Kedaulatan Kepada W.H.O.

Welcome to the INSPIRED Newsroom with Jean Nolan. Jean shares his view & perspective on current news stories & connects the big picture dots. Two videos daily | Mon-Fri | 10AM & 4PM CST

Read More  
Dr.Shoemaker - C19 vaxx - lethal short and long term 10/22/22

Dr.Shoemaker - C19 vaxx - lethal short and long term 10/22/22

Real World Facts about Covid 19 Therapies Dr Chris Shoemaker Nathan Phillips Square

Read More  
Renowned Oncologist Sends Urgent Letter

Renowned Oncologist Sends Urgent Letter

By Jim Hoft - Dr. Angus Dalgleish, a renowned oncologist practicing in the UK, recently wrote an open letter to the editor-in-chief of the medical journal The BMJ, urging the journal to “make valid informed consent for COVID vaccination a priority topic” because cancers and other diseases are rapidly progressing among “boosted” people.

Read More  
DR. VINCENT CARROLL GON THE WHO PANDEMIC TREATY THAT IS DUE TO BE SIGNED OFF IN 2024

DR. VINCENT CARROLL GON THE WHO PANDEMIC TREATY THAT IS DUE TO BE SIGNED OFF IN 2024

This treaty will hand over health sovereignty to the WHO and governments. We need to make people aware of this treaty so we can stop it.

Read More  
Rasulullah s.a.w. memilih cuka sebagai diet pemakanan.

Rasulullah s.a.w. memilih cuka sebagai diet pemakanan.

“Sebaik-baik hidangan makanan ialah cuka. Ya Allah berkatilah cuka, sesungguhnya cuka itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus cuka dalam suatu rumah.”– HR Muslim “Sesebuah rumah itu tidak dianggap kebuluran jika terdapat cuka di dalamnya.”

Read More  
Chlorine Dioxide Solution (CDS) Menewaskan COVID19, Kecederaan Akibat Vaksinasi dan Shedding (Transmission)

Chlorine Dioxide Solution (CDS) Menewaskan COVID19, Kecederaan Akibat Vaksinasi dan Shedding (Transmission)

Chlorine Dioxide Solution (CDS) Menewaskan COVID19, Kecederaan Akibat Vaksinasi dan Shedding (Transmission)

Read More  
Cara Detox Terbaik Di Samping Mengurangkan Berat Badan

Cara Detox Terbaik Di Samping Mengurangkan Berat Badan

Cara Detox Terbaik Di Samping Mengurangkan Berat Badan

Read More  
DETOKSIFIKASI VAKSIN COVID-19 DENGAN PINE NEEDLE TEA.

DETOKSIFIKASI VAKSIN COVID-19 DENGAN PINE NEEDLE TEA.

Dengan 🌿Meminum Secawan Teh Jarum Pain🌿 Boleh Membantu Pengambilan Antioksidan Anda. Jarum Pine Kaya Dengan Sejumlah Antioksidan, Termasuk Vitamin A Dan C, Serta Flavonoid. Vitamin Dan Fitonutrien Ini Melindungi Sel-sel anda Daripada Kerosakan Oleh Bahan-bahan Yang Dirujuk Sebagai Radikal Bebas...

Read More  
GRAPHENE OXIDE DETOXIFICATION | 2 WAYS TO REMOVE GRAPHENE OXIDE FROM THE BODYBY AMBER STONE / MAY 19 2022 /

GRAPHENE OXIDE DETOXIFICATION | 2 WAYS TO REMOVE GRAPHENE OXIDE FROM THE BODYBY AMBER STONE / MAY 19 2022 /

What is Graphene Oxide? A lot of people have concerning questions regarding covid vaccines, and these suspicions are not baseless. The negative things about covid shots that we hear often are not just rumors. In fact, there is something wrong behind the scenes of which most of us are not aware. Today, we will talk about one of the culprits found in covid vaccines. That culprit is known as graphene oxide. After knowing what graphene oxide is and what it does to your body, you will also learn why graphene oxide detoxification is necessary? Without further ado, let’s get started.

Read More  
SOME WAYS TO DEGRADE GRAPHENE OXIDE

SOME WAYS TO DEGRADE GRAPHENE OXIDE

Some drugs and supplements can help your body to degrade the graphene oxide at a rapid pace. Graphene oxide isn’t a stable entity, and thus it requires refueling to persist. That is why they force people for the scheduled boosters.Following are the 5 best ways to help you degrade and get rid of this toxic graphene oxide.

Read More  
Laporan AEFI Awam 2020-2022

Laporan AEFI Awam 2020-2022

LAPORAN AEFI COVID-19 AWAM MALAYSIA Kajian kaedah pemerhatian melalui borang survey online | UPDATED 28th February 2022 | Prepared by Nurhasanah Mz | Supervised by a team of statistician, public health experts, & medical specialists | bit.ly/laporankesansampingan

Sila rujuk Laporan AEFI Awam 2020-2022 untuk maklumat terperinci

JUMLAH PENERIMA VAKSIN DAN JENIS VAKSIN

Jumlah penerima vaksin dan jenis vaksin yang diterima oleh 2677 responden dalam tempoh waktu 28 Februari 2021 - 28 Januari 2022

TAHAP KESIHATAN RESPONDEN YANG DIVAKSIN: SIHAT DAN BERPENYAKIT

Seramai 1265 responden yang sihat telah divaksin berbanding 1402 yang mempunyai sejarah berpenyakit berasaskan 2667 responden.

KADAR KETERUKAN AEFI YANG DIALAMI SEMUA RESPONDEN

Kadar keterukan AEFI berdasarkan 2667 responden samada yang sihat dan berpenyakit

Inisiatif PATV

Latar Belakang
Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) ditubuhkan pada Januari 2022 atas initiatif Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang juga merupakan komuniti pro-penggunaan vaksin yang selamat (ProSafe Vaccine Communities) yang peduli mengenai kesihatan para penerima vaksin COVID-19.

PATV menerima, mengumpul, menyelaras aduan, membina data maklumat dan melaporkan kes-kes terkesan vaksin COVID-19 secara telus bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kesan sampingan akibat vaksinasi. PATV juga menghulurkan khidmat nasihat serta menawarkan bantuan yang merangkumi urutan pemulihan (penjagaan paliatif dan rawatan alternatif) untuk meringankan penderitaan dan bebanan pesakit yang terkesan akibat vaksin COVID-19.

PATV turut  membantu para penerima vaksin yang  ragu-ragu untuk menyuarakan masalah mereka kerana bimbang disaman, disalahkan serta takut distreotaip dan dilabel oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai kumpulan anti-vaksin.

Objektif
Antara objektif utama PATV ialah untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia menerima pengetahuan dari seluruh dunia dan seterusnya:
  1. Mendapat kesedaran mengenai wujudnya Pusat Aduan Terkesan Vaksin (PATV) oleh komuniti pro-penggunaan vaksin yang selamat (ProSafe Vaccine Communities)
  2. Mendapat maklumat terkini dari pakar-pakar perubatan di seluruh dunia
  3. Mendapat maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti PATV
  4. Mendapat laporan, statistik terkini berkenaan kesan vaksin COVID-19 yang tidak dilaporkan oleh kerajan dan media-media arus perdana
  5. Mendapat khidmat nasihat dan rawatan alternatif daripada doktor-doktor pakar yang telah membuat penyelidikan dan kajian secara "cross reference" dan "cross validation" daripada dapatan seluruh dunia
  6. Bergabung dengan komuniti ProSafe Vaccines Sedunia dalam menangani isu vaksin yang masih dalam ujikaji yang tidak selamat digunakan dan tidak mengikut protokol kesihatan yang telah ditetapkan, seperti kenyataan laporan parlimen kesatuan eropah.

VISI
HALA-TUJU – Menyediakan kemudahan, satu platform yakni Pusat Aduan Terkesan Vaksin, “Pusat Setempat”, untuk memberi jaminan dan harapan kepada mangsa vaksin (kes AEFI - Adverse Events Following Immunization (AEFI) yang terkesan sampingan akibat vaksin Covid 19. Faciliti dan kemudahan ini tidak disediakan oleh kerajaan.

MISI – PATV berhasrat memberi ketelusan dalam menyenaraikan data maklumat setelah di “rujuk banding” dan “rujuk pengesahan” (“cross reference” dan “cross validation”) semua artikel dan journal juga video, dapatan doktor doktor pakar di dalam dan di luar negara, penemuan ketidakberkesanan vaksin Covid 19 sebagai pencegah. Kebimbangan kini merentasi dunia tentang risiko yang memudaratkan jutaan manusia.

Tragedi imunisasi, jika tidak ditangani dengan cepat dan berkesan, boleh menjejaskan keyakinan dunia terhadap vaksin dan syarikat pharma yang selama ini telah menguasai dunia perubatan.

Sebagai alternatif, PATV memperkenalkan Detox dan rawatan alternatif juga penawar yang telah menunjukkan progress yang baik.


>> KLIK UNTUK BORANG ADUAN

Apa sebenarnya yang berlaku?

Kejadian Buruk Selepas Imunisasi (AEFI)
Oleh kerana penyakit berjangkit yang boleh dicegah dengan vaksin terus menurun, orang ramai menjadi semakin bimbang tentang risiko yang berkaitan dengan vaksin. Tambahan pula, kemajuan teknologi dan peningkatan pengetahuan yang berterusan tentang vaksin telah membawa kepada penyiasatan yang tertumpu pada keselamatan vaksin sedia ada yang kadangkala menimbulkan iklim yang membimbangkan.

Kejadian buruk selepas imunisasi ialah sebarang kejadian perubatan yang tidak diingini yang berikutan imunisasi dan yang tidak semestinya mempunyai hubungan sebab akibat dengan penggunaan vaksin. Jika tidak ditangani dengan cepat dan berkesan, boleh menjejaskan keyakinan terhadap vaksin dan akhirnya mempunyai akibat dramatik untuk liputan imunisasi dan kejadian penyakit.

Sebagai alternatif, kejadian buruk yang berkaitan dengan vaksin boleh menjejaskan individu yang sihat dan harus dikenal pasti dengan segera untuk membolehkan penyelidikan tambahan dan tindakan sewajarnya dilakukan. Untuk bertindak balas dengan segera, cekap dan dengan ketelitian saintifik terhadap isu keselamatan vaksin, WHO telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Global mengenai Keselamatan Vaksin.

Amaran keselamatan vaksin
Penyiasatan yang teliti terhadap semua AEFI yang serius adalah kritikal. Matlamat akhir penyiasatan adalah untuk menentukan kemungkinan hubungan sebab akibat antara AEFI yang dilaporkan dan vaksin yang diberikan atau proses vaksinasi, atau secara bergilir-gilir untuk mencari punca lain. Penemuan penyiasatan harus membawa kepada tindakan yang sewajarnya, jika perlu, untuk mencegah AEFI selanjutnya. Pengurusan AEFI yang berkesan dan cekap adalah komponen penting dalam semua program imunisasi untuk memastikan keyakinan orang ramai yang berterusan terhadap vaksinasi, dan akhirnya memastikan liputan imunisasi yang tinggi dan seterusnya mengurangkan penyakit dan kematian akibat penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin.

WHO, atas permintaan kerajaan Negara Anggota, menyediakan bantuan kepada pihak berkuasa negara untuk penyiasatan AEFI yang serius. Khususnya, WHO bekerjasama dengan pihak berkuasa negara untuk memastikan penyiasatan dan tindak balas yang sesuai terhadap AEFI serius yang dilaporkan berikutan pemberian vaksin prakelayakan WHO.

AEFI Serius
Menurut Garispanduan Farmakovigilans Vaksin Kebangsaan 2016 yang merujuk definisi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), AEFI yang serius merujuk kepada kesan buruk yang:
  1. Menyebabkan kematian;
  2. Membahayakan nyawa, dan menyebabkan kemasukan individu ke dalam wad, atau memanjangkan tempoh kemasukan individu ke dalam wad;
  3. Menyebabkan kehilangan upaya yang sigifikasi; atau memerlukan intervensi untuk mencegah kerosakan kekal tubuh;
  4. Menyebabkan anomali kongenital atau kecacatan semasa lahir.

25 OCTOBER 2022 BY MUHAMMAD AZRUL BIN ZABIDI
Mohd Mujahid Bin Rozmi1, Muhammad Azrul Bin Zabidi2, Ph.D
Fakulti Industri Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Pahang1, Kluster Sains Kraniofasial dan Biobahan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia2


Pandemik penyakit koronavirus 19 (COVID-19) telah menjadi musuh utama kepada dunia yang telah meragut sebanyak 2,558,059 nyawa di seluruh dunia bermula dari penghujung tahun 2019 sehinga mac 2021 yang berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) bermula di kawasan di sebuah daerah wuhan bertempat di tanah besar china dan kemudian merebak keseluruh dunia yang menjadi ancaman kepada manusia sejagat.

COVID-19 adalah satu kumpulan virus yang berada di dalam ‘kingdom’ Orthornavirae. dibawah ‘subfamily’ Orthocoronavirinae dan ‘family’ coronavirinae. COVID-19 ini adalah virus yang berkaitan dengan RNA virus yang menyababkan penyakit kepada mamalia dan burung. Justeru itu, virus ini mempunyai genom yang diperbuat daripada RNA yang mengekod ‘RNA Dependent RNA Polymerase’ (RdRp) yang mana berfungsi untuk menyalin jaringan RNA kepada mRNA kemudian menghasilkan genom yang baru mirip seperti genom induk.

Sehubungan dengan itu, pada awal tahun 2021, para saintis dan pakar-pakar didalam bidang virology telah menemukan jawapan kepada pandemik koronavirus -19 iaitu penawar yang berupa vaksin telah dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia.

Apa itu vaksin?
Vaksin adalah suatu persediaan biologikal yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit ataupun wabak virus tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit, ia sering diperolehi sama ada daripada mikrob yang dilemahkan ataupun dibunuh racun-racunnya dan toksiknya yang terhasil mahupun salah satu protein permukaannya. Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali jenis agen patogen itu sebagai suatu ancaman kepada badan manusia, lalu sebagai tindak balas imunisasi ia menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imunisasi badan lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisma asing yang ditemuinya di masa akan datang.

Dalam pada itu, keberkesanan proses vaksinasi ini telah dikaji secara menyeluruh dan diberikan pengesahan tentang keberkesanan vaksin tersebut kepada penyakit-penyakit tertentu seperti, vaksin influenza, vaksin HPV serta vaksin cacar air. Hal ini dapat dibuktikan didalam laporan hasil pertubuhan kesihatan sedunia yang merekodkan sebanyak dua puluh jenis jangkitan dapat dikawal serta dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang berlesen.
Vaksin daripada perspektif kimia.

Walaubagaimanapun, vaksin dari sudut istillah kimia pula merupakan kombinasi komponen-komponen molekul membentuk satu komponen besar yang saling melengkapi yang membentuk vaksin. Antara komponen-komponen yang terdapat didalam vaksin ialah seperti, komponen aktif, pengawet, bahan penstabil, bahan pembantu (Adjuvants), antibiotik dan komponen surih (trace component). Justeru, kesemua komponen-komponen ini mempunyai fungsi yang tertentu yang menjadikan vaksin ini selamat untuk digunakkan dan berkesan dengan efisien bagi membantu bagi melawan penyakit.

Antara fungsi-fungsi utama komponen-komponen yang terdapat didalam vaksin adalah, yang pertama fungsi komponen aktif. Komponen aktif berfungsi sebagai sumber antigen. Hal ini kerana antara contoh komponen aktif ialah virus ataupun bakteria atau lebih dikenali sebagai patogen. Patogen ialah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit. Di samping itu, antigen diperolehi melalui virus yang aktif, kemudian antigen ini di modifikasi daripada bentuk asal supaya ia tidak lagi mampu menyebabkan penyakit, tetapi ia mampu mengaktifkan respon imunisasi didalam badan dalam keadaan risiko yang rendah dan tidak berbahaya.

Seterusnya, komponen yang kedua ialah pengawet. Pengawet juga memainkan peranan yang penting kerana ia berfungsi untuk menghalang bakteria dan kulat daripada memasuki kedalam vaksin yang boleh menyebabkan vaksin tercemar dan memberi kesan kepada keupayaan dan kecekapan vaksin. Ia juga dapat menjadikan vaksin boleh disimpan didalam tempoh masa yang panjang. Thiomersal, fenol dan fenoksietanol adalah antara bahan kimia yang sering diguna pakai didalam vaksin sebagai pengawet. Walaubagaimanapun, dengan kehadiran bahan-bahan pengawet ini ia tidak memberi kesan yang buruk kepada pesakit.

Komponen yang ketiga ialah, bahan penstabil. Penyimpanan vaksin dalam tempoh masa yang lama juga menyebabkan vaksin kurang efisien dan juga tidak stabil. Justeru, bahan penstabil adalah komponen yang bertanggungjawab untuk menstabilkan vaksin dan mengekalkan kecekapan vaksin untuk proses penyimpanan vaksin dalam jangka masa yang lama selain daripada bahan pengawet. Tambahan pula, kebanyakan bahan penstabil ditemui secara semula jadi didalam badan, maka ia tidak memudaratkan dan juga tidak menyebabkan kesan sampingan yang buruk kepada pesakit. Antara bahan kimia yang diguna pakai sebagai bahan penstabil adalah seperti magnesium klorida dan magnesium sulfat.

Seterusnya, komponen yang keempat ialah bahan pembantu (adjuvant). Adjuvant ialah bahan kimia yang ditambah masuk kedalam vaksin dengan jumlah yang sangat sedikit dan bertindak sebagai salah satu bahan penting didalam vaksin yang berfungsi untuk membantu meningkatkan tindakbalas imunisasi badan terhadap vaksin. Garam aluminium seperti aluminium fosfat dan aluminium hidroksida adalah bahan kimia yang sering di jadikan bahan pembantu (adjuvant) didalam vaksin. Kajian secara meluas dilakukan untuk mengkaji kesan sampingan kepada pesakit jika garam aluminium ini digunakan didalam vaksin. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada rekod ataupun bukti yang kukuh yang menyatakan bahawa garam aluminium menyebabkan kesan sampingan yang buruk atau menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Selain itu, komponen yang keempat ialah antibiotik. Antibiotik sering digunakan untuk menghalang vaksin daripada tercemar daripada sebarang bakteria. Walaubagaimanapun, antibiotik hanya digunakan semasa didalam proses penghasilan vaksin, ia kemudian dibuang daripada vaksin setelah vaksin telah terhasil dan dapat digunakan kepada pesakit. Hal ini kerana, antibiotik dapat memberi kesan sampingan yang teruk kepada pesakit, maka lebih selamat jika antibiotik dikeluarkan selepas proses penghasilan vaksin. Namun begitu, terdapat juga vaksin yang mengandungi kuantiti antibiotik yang sedikit, justeru pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor perubatan dan menyatakan sebarang kesan sampingan yang dihadapi sebelum mendapatkan suntikan vaksin.

Komponen yang terakhir ialah komponen surih, ia adalah sejenis bahan kimia yang paling penting didalam penghasilan vaksin, hal ini kerana komponen surih berfungsi agen untuk nyah-aktifkan virus ataupun patogen dan menyah-toksikkan bakteria supaya vaksin selamat untuk diguna pakai tanpa sebarang risiko yang bahaya kepada pesakit. Seterusnya, kepekatan komponen surih ini juga sangat rendah iaitu sebanyak 1% yang terdapat didalam vaksin, hal ini kerana jika berlebihan ia akan memudaratkan kesihatan pengguna. Selain itu, antara komponen surih yang sering digunakan ialah seperti formaldehid.

Berdasarkan daripada kesemua komponen-komponen yang terdapat didalam vaksin, ia dapat dirumuskan bahawa kepentingan bahan kimia dalam proses penghasilan vaksin merupakan suatu bahan yang sangat penting, hal ini dapat dibuktikan berdasarkan hampir kesemua jenis komponen adalah sejenis bahan kimia menjadikan bahan kimia ialah sebagai bahan majoriti dalam penghasilan vaksin. Selain itu, kelebihan bahan kimia ialah ia murah dipasaran dan boleh dibina strukturnya mengikut kehendak pengguna atau dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai sintetik. Sintetik adalah satu proses pembinaan struktur molekul kimia yang kompleks daripada struktur yang mudah. Antara bidang yang sering menggunakan kaedah sintetik ini adalah industry minyak wangi, kerana untuk penjimatan kos, maka pengilang menghasilkan struktur molekul secara kimia yang seiras dengan molekul yang terdapat daripada sumber semula jadi dan mempunyai sifat yang hampir sama seperti bau dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, dengan kaedah sintetik ini, para saintis juga telah berjaya menghasilkan vaksin jenis sintetik. Vaksin sintetik adalah sejenis vaksin yang mengandungi antigen, peptida dan juga karbohidrat yang dibina strukturnya melalui kaedah kimia berdasarkan struktur asal antigen yang datang daripada sumber semula jadi. Vaksin sintetik ini lebih selamat dari segi penyediaan dan juga penggunaannya, hal ini kerana ia tidak melibatkan sebarang virus aktif yang boleh memudaratkan manusia yang berada di kawasan sekeliling. Walaubagaimanapun, vaksin sintetik ini adalah vaksin jenis baharu yang diperkenalkan didalam dunia pemvaksinan. Antara contoh vaksin-vaksin jenis sintetik ialah seperti mRNA vaksin. Selain itu, antara contoh jenis-jenis vaksin yang lain ialah seperti vaksin tidak aktif, vaksin teratenuat, vaksin toksoid dan vaksin subunit.


Jenis Vaksin

Vaksin mRNA (sintetik)
Vaksin mRNA merupakan jenis vaksin yang baru diperkenalkan didalam dunia perubatan. Dunia telah mencatat detik bersejarah dimana vaksin mRNA pertama dihasil dan diiktiraf oleh WHO untuk diguna pakai untuk melawan wabak penyakit koronavirus (COVID-19). Vaksin mRNA diakui lebih selamat berbanding vaksin-vaksin yang lain kerana ia tidak mengandungi bahan ataupun serpihan daripada sumber penyakit seperti virus ataupun bakteria. Antara kandungan utama vaksin ini adalah urutan mRNA yang berfungsi sebagai penghantar mesej didalam bentuk kod kepada sel badan untuk menghasilkan antigen yang tertentu untuk melawan virus tersebut dan dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan sistem pertahanan badan iaitu imunisasi.

Vaksin tidak aktif
Vaksin tidak aktif merupakan jenis vaksin yang mengandungi mikroorganisma (patogen) yang tidak aktif disebabkan oleh tindak balas kimia, radiasi,haba ataupun antibiotic yang telah bertindak balas dengan sel pathogen dan menjadikan mikrob itu tidak aktif. Sehubungan dengan itu, vaksin tidak aktif selalunya tidak menyediakan perlindungan imunisasi seperti vaksin teratenuat, justeru itu pesakit juga dinasihatkan untuk mengambil beberapa dos mengikut waktu tertentu (suntikkan penggalak) untuk meningkatkan system imunisasi dalam pada untuk melawan penyakit. Antara penyakit yang boleh dirawat melalui suntikkan vaksin tidak aktif adalah seperti influenza, hepatitis A dan penyakit anjing gila.

Vaksin teratenuat
Vaksin teratenuat adalah vaksin yang mengandungi patogen ataupun mikroorganisma yang berada didalam satu kumpulan keluarga (family) yang sama dengan virus induk tetapi ia kurang berbahaya berbanding virus induk dan digunakan untuk membina sistem imunisasi dan untuk menghasilkan tindak balas imun yang lebih meluas didalam badan untuk melawan virus induk yang lebi berbahaya. Demikian itu, vaksin teratenuat tergolong didalam vaksin yang bersifat viral yang mbermaksud menggunakan virus sebagai pencetus sistem imunisasi didalam badan. Antara contoh penyakit yang menggunakkan vaksin teratenuat adalah seperti demam kuning dan demam campak.

Vaksin toksoid
Vaksin toksoid juga boleh dikategorikan sebagai vaksin tidak aktif, kerana vaksin ini turut menggunakkan patogen ataupun mikroorganisma yang telah dinyah aktifkan toksin yang ada didalam mikroorganisma tersebut. Hal ini juga bertujuan untuk mengurangkan risiko kepada pengguna untuk meningkatkan sistem pertahanan badan bagi melawan penyakit seperti contoh, batuk kokol.

Vaksin subunit
Vaksin subunit ialah vaksin yang hanya mengandungi satu ataupun lebih antigen. Antigen ini berfungsi sebagai pencetus kepada sistem imunisasi kepada badan tanpa mengunakan sebarang mikroorganisma, bakteria ataupun patogen. Sehubungan dengan itu dengan pengunaan antigen, ia menjadi vaksin jenis subunit ini lebih selamat dan berisiko rendah berbanding dengan vaksin yang menggunakan patogen ataupun mikroorganisma sebagai kandungan utama yang lebih berbahaya dan boleh menyebabkan virus tersebar dengan mudah dan melemahkan sistem imunisasi badan. Antigen juga boleh dikategorikan sebagai apa-apa bahan yang boleh menyebabkan sistem imunisasi menghasilkan antibodi bagi melawan antigen ataupun mudah disebut sebagai benda asing yang masuk kedalam badan. Selalunya antigen yang digunakkan didalam vaksin jenis subunit ini adalah antigen yang hasilnya datang daripada serpihan patogen, ataupun bakteria berkenaan yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit. Antara penyakit yang sesuai dirawat melalui kaedah vaksin subunit ini adalah seperti penyakit malaria, tetanus dan juga koronavirus (SARS-CoV-2).

Walaubagaimanapun, berdasarkan contoh-contoh vaksin jenis yang lain dengan vaksin sintetik, ia dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa kelebihan dan keburukan jika vaksin sintetik ini digunakan. Antara kelebihan vaksin sintetik jika dibandingkan dengan vaksin-vaksin lain, yang pertama ialah vaksin sintetik hanya memerlukan kos yang rendah dalam proses pembuatan vaksin sintetik ini. Hal ini kerana kesemua molekul-molekul yang terdapat didalam vaksin ini direka secara kimia didalam makmal tanpa menggunakan sebarang sumber daripada sumber semula jadi ataupun virus dan bakteria. Justeru, yang kedua vaksin sintetik ini lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan vaksin lain seperti vaksin tidak aktif. Kelebihan yang terakhir ialah ia kurang toksik berbanding vaksin biasa, ini kerana ia tidak mengandungi mikroorganisma hidup seperti bakteria dan virus, jadi ia diyakini lebih selamat berbanding vaksin yang mengandungi virus dan bakteria.

Dalam pada itu, vaksin sintetik turut mempunyai beberapa keburukan iaitu, yang pertama ialah vaksin sintetik mempunyai kadar imunogenik yang rendah berbanding vaksin yang normal, ini kerana vaksin sintetik diperbuat secara kimia didalam makmal manakala vaksin yang biasa menggunakan mikroorganisma seperti bakteria dan virus yang lemah untuk menghasilkan sistem imunisasi yang tinggi. Kedua ialah, vaksin sintetik ini memerlukan suntikan primer kemudian diikuti dengan suntikkan berkala sebagai penggalak (booster), ini bertujuan untuk meningkatkan efisiensi vaksin ini dan juga dapat meningkatkan imunisasi badan pesakit. Akhir sekali, vaksin sintetik tidak sesuai untuk diguna pakai kepada semua virus, ia hanya sesuai kepada spesifik virus dalam satu masa. Ini kerana ia bukan bersifat polioviruse ataupun virus polio yang diperbuat daripada 2 atau lebih viral protein kapsid yang berbeza, maka vaksin sintetik hanya boleh merawat 1 virus sahaja didalam satu masa.

Akhir kata, rumusan yang dapat disimpulkan ialah vaksin sintetik mempunyai kebaikan dan keburukkan, tetapi atas faktor keselamatan vaksin sintetik dilihat lebih selamat berbanding vaksin biasa yang menggunakan bakteria dan virus sebagai bahan utama untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan. Maka, dengan kewujudan vaksin sintetik ini, ia mampu menyelamatkan nyawa pesakit dengar kadar risiko yang lebih rendah dan selamat untuk diguna pakai. Justeru dengan vaksin sintetik ini, ia sekali gus menyangkal pandangan-pandangan pihak anti-vaksin terutamanya di Malaysia dengan memberi pendedahan awal kepada golongan ibu bapa tentang keberkesanan vaksin sintetik yang jauh lebih selamat berbanding vaksin biasa.


Penulis Artikel
Nama penulis:
Dr Muhammad Azrul Zabidi
Afiliasi:
Kluster Sains Kraniofasial dan Biobahan
Bidang kepakaran: Polimer Kimia dan Kimia Sintesis

sumber:https://news.amdi.usm.my/expertviews.php?year=2021#451


WAKTU OPERASI

  • PATV PPIM, LEVEL 3, VILLA PUTRI CONDOMINIUM, Villa Puteri Road, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia